Sukan Hari Ini

Kecederaan Ronaldinho tidak serius

Kuala Lumpur: Ayam tambatan Selangor, Patrick Ronaldinho yang dikhabarkan mengalami kecederaan ketika bertemu AirAsia pada pusingan kedua Piala FA kelmarin disahkan tidak serius dan akan menyertai rombongan Red Giants ke saingan Piala AFC.

Diletakkan dalam Kumpulan E dengan aksi sulung bertemu juara liga divisyen satu Filipina itu mahu digunakan sebaik-baiknya oleh Zainal Abidin Hassan bagi memastikan misi tiga mata penuh menjadi kenyataan di Stadium Panaad, di Bacolod City esok.

Justeru, kehadiran Ronaldinho amat ditagih dalam memburu jaringan tatkala khidmat seorang lagi penyerang tempatan serba boleh, Hazwan Bakri terpaksa dilupakan ekoran masalah kecederaan pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim 13 Februari lalu.

“Kecederaan dia (Ronaldinho) tidak begitu serius. Memang masalah kecederaan cukup membimbangkan saya memandangkan empat atau lima pemain dalam senarai kecederaan selepas dua aksi Liga Super bertemu Johor DT dan Perak.

“Kalau boleh saya tak mahu senarai itu bertambah. Insya-Allah, dua atau tiga pemain yang sebelum ini dalam senarai kecederaan sudah beransur pulih dan kemungkinan boleh beraksi (menentang Ceres) Selasa ini (esok).

“Harap pemain lain dalam keadaan baik kerana ini aksi peringkat antarabangsa,” katanya yang berlepas bersama pasukan semalam untuk aksi sulung Piala AFC itu.

Selain pasukan Ceres dalam kumpulan berkenaan, kelab dari Singapura Tampines Rovers dan kelab Lt Sheikh Jamal Dhanmondi dari Bangladesh melengkapkan persaingan untuk mencari dua tempat terbaik dari kumpulan itu.

“Sudah tentunya dengan kehadiran Ronaldinho akan menambah sengat di jentera hadapan kami. Saya harap dia dan pemain lain akan berusaha sebaiknya memastikan kemenangan berpihak pasukan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");