Berita Hari Ini

Kecewa peniaga ambil mudah

Putrajaya: “Apa saja peraturan dan syarat yang dibuat kerajaan, bukan untuk main-main sebaliknya bertujuan memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau menyuarakan kekecewaan terhadap segelintir peniaga yang mengambil kesempatan serta tidak mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semasa pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina yang bermula 3 Februari lalu.

Hamzah berkata, penguatkuasaan yang dijalankan juga menunjukkan kementerian saling membantu, sekali gus memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tanggungjawab dan peranan dijalankan KPDNKK.

Justeru, katanya, rakyat diminta memberikan sebarang cadangan mengenai tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan atau melanggar peraturan ditetapkan kementerian itu.

“Rakyat boleh menghantar terus sebarang cadangan itu kepada saya sendiri menerusi akaun Twitter @dhzhamzah atau KPDNKK di @mykpdnkk.

“Berikan apa saja cadangan dan kita akan buat (ambil tindakan) supaya peniaga ini faham serta mengikut etika dan undang-undang kerana kita merasakan ada perkara tidak kena di sini,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan perkhidmatan ERL serta beramah mesra bersama pengguna yang menaiki pengangkutan awam berkenaan dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral, semalam.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");