Panasnya Hari Ini

Kehendak Segelintir Pihak Mengatasi Majoriti Rakyat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa simpati dan dukacita beliau dengan nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diatas penyingkiran beliau semalam.

Muhyiddin berkata, walaupun Mukhriz disingkirkan, beliau yakin bahawa rakyat mengetahui sebab sebenar Mukhriz disingkirkan.

“Sebagaimana dijangka, Datuk Seri Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.

“Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan rakyat Malaysia juga kecewa,”katanya, menerusi catatan terbaharu di Facebooknya, malam tadi.

Tegas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, masa depan UMNO akan terjejas sekiranya sesuatu keputusan itu dibuat tanpa mengambilkira sentiment dan kehendak rakyat.

“Telah berakhir hari-hari dimana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.

“Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi majoriti rakyat,”ujarnya.

Ujar Muhyiddin lagi, pengganti Mukhriz menghadapi dugaan besar untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO, apatah lagi rakyat berasa mereka telah dikhianati.

Bagaimanapun, Muhyiddin berharap agar Mukhriz tabah dalam menghadapi dugaan yang sedang menimpanya.

“Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

“Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang,”ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");