Sukan Hari Ini

‘Kejar’Barca

Madrid: Cristiano Ronaldo yakin Real Madrid masih boleh mengejar pendahulu La Liga Barcelona jika mereka mampu mengatasi badi setiap kali menentang musuh setempat, Atletico Madrid.

Real ketinggalan satu mata di belakang Atletico dan sembilan mata di belakang Barca, berbaki 13 perlawanan tetapi boleh melonjak ke tangga kedua jika mengatasi skuad kendalian Diego Simeone buat kali pertama sepanjang enam perlawanan liga.

“Ia perlawanan yang perlu dimenangi,” kata Ronaldo.

“Perlawanan penting di tempat sendiri, di depan penyokong kami dan menentang pasukan yang bertahan dengan baik.

“Kami sedar bukan mudah memenangi La Liga, tapi akan melawan hingga hujung musim. Bola sepak penuh dengan kejutan dan apa saja boleh berlaku.”

Real dijangka sekali lagi turun tanpa Gareth Bale yang cedera betis sejak pertengahan Januari lalu.

Karim Benzema sudah boleh diturunkan selepas tidak bermain ketika pasukannya seri 1-1 di Malaga minggu lalu manakala James Rodriguez turut boleh beraksi apabila diketepikan Zinedine Zidane di La Rosaleda.

Rekod Zidane di Bernabeu sejak mengambil alih pasukan memang memberangsangkan dan anak buahnya melakar empat kemenangan yang menghasilkan 20 gol.

Begitupun, kekuatan benteng pertahanan Atletico pasti menyukarkan Real untuk mencipta banyak jaringan.

Anak buah Simeone mencatat rekod bersih ke-24 sepanjang 38 perlawanan musim ini apabila seri tanpa jaringan di PSV Eindhoven pertengahan minggu ini.

Begitupun, jentera serangan Atletico juga kurang tajam apabila sekadar menghasilkan satu gol sepanjang tiga perlawanan terakhir. – AFP/Harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");