Perak Hari Ini

Keluarga OKU Gigih Rawat Anak Hidap Penyakit Tulang Rapuh

TAIPING: Seorang bapa yang juga merupakan orang kelainan Upaya (OKU) gigih berusaha tanpa rasa jemu dan terusan membanting keringat saban hari bagi menyara dan merawat dua anaknya yang disahkan menghidap menyakit tulang rapuh.

Shaharudin Sani 50 tahun, menyifatkan kecatatan yang dialaminya sejak lahir itu bukanya satu halangan untuknya mencari nafkah dengan mengusahakan bengkel membaiki kereta.

Ujarnya, bermula dengan membaiki basikal ketika di bangku sekolah lagi, Shaharudin kini mempunyai kebolehan membaiki pelbagai kenderaan termasuklah motosikal, kereta, lori dan bas.

PERAK TODAY 3

Biarpun pergerakannya sedikit terbatas dan hanya bergerak dengan memggunakan kerusi roda beliau tetap gigih melakukan kerja-kerja berkenaan demi anak-anaknya.

“Setakat ni saya membaiki kereta, kira lori pun saya baiki juga, tapi kadang-kadang ada kawan-kawan datang untuk apa, minta tolong baiki kenderaan lain.

“Masa hadapan saya tidak tahu lagi, memandangkan keadaan kesihatan juga tidak berapa baik sememangnya dari dulu saya membaiki pelbagai kenderaan bermula dari basikal kepada motosikal, kereta dan pelbagai mesin.

“Begitulah kerja saya untuk masa hadapan saya masih belum pasti lagi,” katanya.

PERAK TODAY 4

Tambahnya, perniagaannya itu bermula tanpa sebarang modal dan segala peralatan dibelinya sedikit demi sedikit.

Beliau turut dibantu oleh isterinya Saleka Che Ani 51, yang juga merupakan OKU dengan mengusahakan perniagaan menjahit pakaian.

Pasangan ini dikurniakan dua anak yang juga OKU iaitu Mohd Anas 14 dan Mohd Huzaifah 11 dan kini mereka sekeluarga tinggal menyewa di Kuarters Jabatan Kerja Raya Asam Kumbang di sini.

Sementara itu menurut Salekha, hasil upah menjahit pakaian itu sekurang-kurangnya dapat membantu menampung kos rawatan tulang rapuh kedua-dua anaknya di hospital Kuala Lumpur setiap dua bulan dan rawatan di Hospital Taiping sebulan sekali.

Tambahnya lagi, kos rawatan untuk anaknya Mohd Anas juga kini bertambah selepas anaknya itu mengalami patah kaki kiri dua hari selepas sesi persekolahan bermula.

PERAK TODAY 5

“Anak saya jadi begini tiba-tiba sahaja, kalau dia berdiri, jatuh dan patah, dia tak boleh berdiri langsung, kalau berdiri, kalau jatuh akan patah tulangnya sangat rapuh.

“Masalah sama antara Anas dengan Huzaifah, selain tu, masalah mereka juga adalah penyakit lain, Anas ada asma, kalau dia batuk memang melarat, kalau tidak batuk tidak ada apa-apa yang terjadi, kalau macam jerebu tu sejuk-sejuk dia akan jatuh sakit,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu pasangan ini merawat anak mereka dan membantu menambah pendapatan pasangaan ini boleh menghubungi Shaharudin di alamat 1610B, Kuarters JKR Jalan Panglima Asam Kumbang Taiping atau menyalurkan sumbangan menerusi akauan Maybank beliau di nombor akaun 1582-1162-3686.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");