Panasnya Hari Ini

Kembali kepada PAS, AMANAH Tidak Bimbang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan bahawa parti berkenaan tidak bimbang sekiranya terdapat antara ahlinya mahu kembali semula kepada parti PAS.

Beliau berkata, ia sudah menjadi perkara biasa kerana rakyat bebas membuat sebarang pilihan untuk masuk ke parti mana sekali pun berikutan ia merupakan hak asasi rakyat.

Tegasnya, ia merupakan salah satu perkara biasa kerana negara mengamalkan sistem demokrasi.

“Kalau benda itu (ahli AMANAH sertai PAS) itu perkara biasa, sebab kita mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kalau nak masuk PAS keluar AMANAH, kerana ini bukan akidah,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambahnya lagi, status sama ada terdapat ahli AMANAH yang ingin kembali menyertai PAS semula tidak dapat dipastikan berikutan ia hanyalah khabar angin dan tiada pendedahan secara jelas dilakukan berhubung isu berkenaan.

Namun begitu, ujarnya lagi, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan yang tepat sekiranya terdapat maklumat yang tepat.

“Dia masuk AMANAH itu tak tahu status bagaimana, adakah dia sudah membuat permohonan mengisi borang, atau sudahkah pimpinan AMANAH pusat meluluskan permohonan itu. Jadi kita tak ada maklumat jadi kita nak bagi respon tepat tak boleh.

“Tetapi kalau ada maklumat tepat, kita boleh keluarkan kenyataan tepat, sama ada mereka hanya penyokong AMANAH atau baharu menyatakan hasrat untuk menyertai AMANAH,” ujarnya lagi.

Kata Wan Rahim lagi, sekiranya benar terdapat ahli AMANAH yang ingin berpatah balik kepada PAS, ia bukan menjadi satu masalah berikutan parti berkenaan telah mula diterima rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");