Berita Hari Ini

Kenyataan “Peluru Darah Babi” Trump Cetus Kemarahan Islam Amerika

NEW YORK: Kakak kepada pelajar beragama Islam yang dibunuh tahun lalu mencabar Donald Trump untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan calon presiden parti Republikan susulan kenyataannya mahu menghukum pengganas Islam menggunakan peluru yang disalut darah babi.

Suzanne Barakat, 28, kakak kepada Daeh Barakat yang terkorban di kediaman mereka di utara Carolina bersama isterinya, Yusor Abu Salha, 21 serta adik iparnya, Razan Abu Salha, 19 tahun lalu.

Ketika kejadian itu, pasangan berkenaan baru dua bulan bernikah dan masih menuntut dalam bidang pergigian di Universiti Utara Carolina-Chapel Hill, manakala Razan pula pelajar tahun dua universiti sama.

Jiran mereka, Craig Hicks menyerah diri kepada polis dan telah didakwa membunuh ketiga-tiga mangsa. Motif pembunuhan dikatakan melibatkan pertelingkahan tempat letak kereta.

Selepas mendapat tahu mengenai komen Trump, Barakat menerusi akaun Twitternya pada Ahad mengajak usahawan terkemuka Amerika Syarikat itu bertemunya.

“Jumpa saya secara berdepan dan beritahu jika adik saya, Yusnor dan Razak layak mendapat peluru sedemikian.

“Trump bercakap seolah-olah dia adalah pihak berkuasa kepada golongan Muslim di Amerika,” katanya kepada New York Times.

Bagaimanapun, setakat ini, Trump, 69, masih belum memberi sebarang maklum balas berkaitan cadangan Barakat itu.

Ketika ini, Trump masih mengungguli carta pemilihan pendahuluan Republikan berbanding calon lain walaupun dikecam banyak pihak kerana sering menggunakan retorik anti-Islam dalam setiap kempennya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");