Panasnya Hari Ini

Keputusan Peguam Negara Bukan Keputusan Sendiri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bukannya diputuskan sendiri.

Ujarnya, keputusan berhubung arahan penutupan kertas siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International telah dibuat secara kolektif.

“Peguam Negara tidak membuat keputusan secara berseorangan. Beliau mempunyai pasukan yang terdiri daripada pegawai perundangan terkanan dalam Pejabat Peguam Negara.

“Setiap maklumat yang diberi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteliti dan dinilai. Beliau bukan tengok sahaja fail dan kemudian seorang diri buat keputusan,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, masih terdapat pihak yang enggan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara dan sengaja menggambarkan Mohamed Apandi dengan gambaran yang sangat negatif.

“Saya tidak tahu apa lagi yang mahu dibangkitkan dan pada pandangan UMNO dan kerajaan, perkara itu sudah diselesaikan dengan keputusan Peguam Negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");