Panasnya Hari Ini

Kerajaan Beku Pengambilan Pekerja Asing- TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan anggota tentera di Kem Muara Tuang Kota Samarahan hari ini memetik laporan Mstar.

“Kami menggesa semua majikan untuk mengambil pekerja tempatan,” katanya.

Beliau berkata penggantungan itu dilakukan sementara kerajaan mengkaji semula pembayaran levi dua tahap untuk pekerja asing.

Tambahnya lagi, pekerja asing tanpa izin sedia ada di Malaysia akan ditahan dan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");