Perak Hari Ini

Kereta Terbakar

SUNGAI SIPUT: Sebuah kereta jenis Perodua Kancil musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan penyelamat Perak panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 7.19 pagi tadi.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku di No 481, Jalan Polis Khas Kampung Jaya Setia dekat sini hari ini.

Tambah sumber, dalam kejadian itu kereta tersebut mengalami kerosakan dan musnah hampir 45 peratus.

“Pihak anggota menggunakan dua aliran air sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya dan kemusnahan dianggarkan sekitar 50 peratus,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 7.55 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");