Berita Hari Ini

Kerjasama bawa pelancong Eropah ke Malaysia

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan memeterai usaha sama dengan Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) untuk promosi bersama penerbangan membawa pelancong yang menaiki pesawat syarikat itu ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata usaha sama itu yang akan dilancarkan di Berlin, Jerman pada bulan depan adalah pendekatan strategik untuk meningkatkan kedatangan pelancong Eropah ke Malaysia menerusi penerbangan SIA.

Menerusi usaha sama itu, katanya, kementerian akan mempromosi destinasi menarik di Malaysia kepada pelancong Eropah dan menggalakkan mereka meneruskan penerbangan ke negara ini selepas tiba di Singapura.

“Ketika ini SIA memiliki laluan penerbangan dari Singapura ke Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi selain jaringan penerbangan antarabangsa yang luas khususnya yang menghubungkan Eropah.

“Kita mahu pelancong Eropah seperti dari Jerman, Belanda, Sepanyol dan Portugal yang ke Singapura, menyambung percutian mereka ke Malaysia,” katanya ketika ditemui media pada majlis bersama penggiat industri pelancongan Sabah, di sini sebentar tadi.

Katanya, promosi bersama itu diharap dapat membawa lebih ramai pelancong Eropah ke Sabah serta Sarawak, sejajar usaha memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor pelancongan untuk meningkatkan pendapatan negara.

Beliau berkata, sektor pelancongan Malaysia kini mendahului beberapa negara Asia Tenggara lain, termasuk Thailand, Indonesia dan Filipina, selain turut disenaraikan sebagai negara ke-11 di dunia yang paling ramai dikunjungi pelancong pada tahun 2014.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");