Panasnya Hari Ini

‘Kesabaran Saya Ada Hadnya’ – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahap kesabarannya juga mempunyai had malah beliau mengakui akan bertindak sekiranya sesuatu perkara itu melampaui batas.

Berikutan itu, usaha beliau untuk terus berkecimpung di dalam dunia politik dan membuktikan kemampuan beliau mungkin kerana kesabarannya.

“Tetapi saya nak bagitahu, saya penyabar tetapi ada had juga.

“Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tidak akan bertindak kalau melampaui batas,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis memperingati 40 tahun penglibatannya di dalam politik yang dianjurkan oleh Kelab Sahabat Najib Razak (N87).

Najib juga dengan tegas berkata, beliau akan bertindak berdasarkan kepada fakta, parti dan kerajaan.

Meskipun beliau tidak menyebut nama mana-mana pihak, ianya jelas menunjukkan bahawa Najib merujuk kepada pengkritik beliau di dalam UMNO.

Terdahulu, Najib menerima kritikan yang hebat daripada pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Kritikan dibuat berikutan skandal derma RM2.6 bilion dan skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambah Najib lagi, sekiranya mahu menegur beliau, ada saluran yang boleh digunakan.

“Jangan tegur merosakkan parti. Dah la cukup dengan musuh di luar.

“Jangan pula ada musuh dalam selimut, musuh dalam seluar lagi teruk,”ujarnya.

Jelas Najib lagi, sepanjang penglibatannya di dalam politik, beliau tidak pernah cuba untuk ‘menjatuhkan’ sesiapa semasa pemilihan parti.

Tambahnya, beliau hanya menawarkan diri untuk bertanding apabila ada kekosongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");