Isu Panas

Khairuddin mohon maaf salah pilih baju

SHAH ALAM: Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya sewaktu menghadiri sebuah majlis Perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

Mohd Khairuddin berkata, apa yang dimaklumkan kepadanya oleh penduduk disitu adalah pakaian itu merupakan pakaian ala Maharaja China.

“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year (Tahun Baru Cina) adalah berbentuk perayaan masyarakat cina dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.

“Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya,” katanya dalam satu kenyataan medianya.

Oleh itu, ujarnya apa pun, beliau memohon keampunan daripada ALLAH sekiranya ‘tersalah langkah’ dalam hal ini.

“Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya.

“Kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari ALLAH dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung,” katanya.

Katanya lagi, walau apapun beliau yakin Pas yang dipimpin oleh Kepimpinan ulama dan mereka lebih arif dari segi hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor.

“Apa pun pandangan nanti, saya terima”, katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");