Panasnya Hari Ini

Khairuddin Persoal Hak Peguam Negara Arah SPRM Tutup Kes

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tampil mempersoalkan mengenai hak Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali apabila bertindak memberi arahan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menutup kes RM2.6 bilion dan SRC International yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, beliau mempersoalkannya setelah meragui kemungkinan wujud unsur rasuah pembebasan Najib daripada apa-apa kesalahan dalam dua kes tersebut.

“Saya ingin tanya Peguam Negara, siapa beliau untuk memberi arahan kepada SPRM agar menutup kes melibatkan Najib? Siapakah beliau untuk campur tangan dalam urusan SPRM?

“Saya akan membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara ini, seperti mana saya membuat laporan polis di balai Polis Dang Wangi minggu lalu.

“Saya juga membuat laporan kepada SPRM berhubung kemungkinan wujud unsur rasuah dalam keputusan Apandi yang membebaskan Najib daripada apa-apa kesalahan dalam dua kes tersebut,” katanya dalam sidang media di hadapan Bangunan SPRM pagi tadi.

Ujarnya, Apandi tidak layak menjalankan siasatan, apatah lagi membuat keputusan, terhadap dua kes itu.

Tambahnya lagi, nama Penguam negara itu juga diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri sendiri untuk menggantikan Tan Sri Gani Patail dakwanya juga telah dipecat “tanpa asas yang kukuh”.

“Ini bermakna wujud konflik kepentingan. Maka saya menggesa SPRM menjalankan siasatan, sama ada wujud rasuah melibatkan Apandi agar beliau membersihkan nama Najib,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa Apandi sepatutnya meminta timbalannya iaitu Peguam Cara Negara untuk mengetuai siasatan, atau sekurang-kurangnya menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas yang dianggotai bekas hakim.

“Ini dapat mengelakkan konflik kepentingan. Tetapi beliau sendiri yang menyiasat dan membuat keputusan. Sebab itu saya yakin hampir semua rakyat Malaysia tidak percaya dengan apa-apa kenyataan yang dibuatnya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");