Panasnya Hari Ini
Like

Khairy Hanya Mahu selamatkan Jawatan Dengan Sokong Zahid – IKHLAS

February 16, 2016
100 Views
0 Comments
1 minute read
Khairy Hanya Mahu selamatkan Jawatan Dengan Sokong Zahid – IKHLAS

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) hari ini menyifatkan bahawa tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hanya mahu menyelamatkan jawatannya dengan menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing seramai 1.5 juta ke negara ini.

Pengerusinya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Khairy seharusnya membela nasib anak muda di negara ini, bukan sebaliknya dengan mengeluarkan kenyaaan berkenaan.

Jelasnya, golongan belia tidak seharusnya dihina, dan sekiranya pihak berkenaan suka terhadap pekerja asing, tidak perlu meminta belia untuk menggantungkan bendera semasa pilihan raya.

“Suruh perkerja asing ke pekerja Bangladesh gantung bendera parti,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Khairy Jamaludin berkata, keperlu­an mengambil pekerja Bangladesh adalah terhad kepada sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan yang tidak menerima permintaan daripada belia tempatan berikutan mereka amat memilih pekerjaan.

Zahid Hamidi pula menegaskan, kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia tidak akan menutup peluang pekerjaan rakyat sebaliknya untuk memenuhi kekosongan di sektor pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply