Jenayah

Khianat bakar kereta berulang

Subang: Kejadian ‘khianat api’ berulang semula apabila sebuah kereta yang diletakkan di Seksyen U5, Jalan Pluto di sini, terbakar mendadak petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, kereta model Toyota itu didapati terbakar tanpa punca sebelum pemiliknya menghubungi bomba.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dihantar ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak membakar kereta itu. Bomba bertindak pantas bagi memastikan api tidak merebak ke kenderaan lain,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kenderaan itu tidak bergerak ketika kejadian.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan apabila sebuah kereta dan sebuah motosikal terbakar tanpa punca di di Jalan Pluto, Pinggiran Subang, di sini, petang Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 7.40 petang itu anggota BBP Sungai Buloh berjaya memastikan api kebakaran tidak merebak ke kenderaan berhampiran.

Malah dalam kejadian Rabu lalu, dua kenderaan turut terbakar mengejut di Kampung Kubu Gajah dan Desa Coalfield, di sini.-harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");