Panasnya Hari Ini

“Kita Bukan Kerajaan Kuku Besi,Diktator- Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan yang ditadbir olehnya bukannya sebuah kerajaan ‘kuku besi dan diktator’.

Ujarnya, pentabiran negara adalah selaras dengan demokrasi berparlimen yang mengutamakan kestabilan politik.

“Kita bukan kerajaan kuku besi dan mengamalkan dictatorship. Kita adalah kerajaan yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen di mana setiap lima tahun kita akan kembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dikehendaki,” katanya semasa berucap merasmikan Kompleks Muhibbah di PPR Muhibbah memetik sumber Astro awani.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional menegaskan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan akan tumbang adalah tidak benar.

“Sesiapa yang uar-uarkan kerajaan tumbang itu meleset.

“Apa yang boleh saya katakan Belanjawan lalu diluluskan parlimen dengan majoriti yang besar, begitu juga dengan rang undang-undang negara boleh diluluskan parlimen. Maknanya kita tidak bimbang dari segi kestabilan politik ,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");