Sukan Hari Ini

Kohlschreiber, Monfils berentap di separuh akhir

Belanda: Pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber mengejutkan pilihan kedua Marin Cilic 3-6, 6-3, 6-4 semalam untuk menempah tiket ke pentas separuh akhir saingan Dunia Tennis Rotterdam selepas lapan percubaan sebelum ini.

Keputusan itu membolehkannya rekod kemenangan terus memihak kepadanya 6-3 ke atas bekas pemenang Terbuka AS Cilic selepas berhempas pulas dalam tempoh dua jam.

“Keyakinan saya semakin meningkat selepas menang set kedua dan ia memberikan saya kepercayaan untuk menewaskannya,” kata Kohlschreiber.

“Ia membuatkan saya berasa hebat kerana dapat tewaskan pemain seperti Cilic dalam kejohanan besar ini.

“Kadang-kala semuanya akan menyebelahi kita. Jika dilihat kembali, saya banyak membuat keputusan yang tepat pada saat genting sepanjang perlawanan ini.”

Kohlschreiber, yang menghuni ranking ke-33 dunia, bertarung sengit untuk mengatasi Cilic yang melakukan 15 ace berbanding dia hanya sembilan. Menantinya si separuh akhir adalah pilihan kelima Gael Monfils yang berjaya menghalang hasrat pemain muda Jerman Alexander Zverev untuk mencipta kejutan selepas menundukkannya 7-6 (7/4), 6-3.

Satu lagi aksi separuh akhir akan menampilkan pertembungan antara pemain Slovakia, Martin Klizan menentang Nicolas Mahut yang juga pemain kelayakan berasal dari Perancis. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");