Sukan Hari Ini

Kongsi pendahulu

Florida: Pemain nombor satu dunia Lydia Ko (gambar) mengetepikan kekecewaan kelmarin dan berkongsi kedudukan selaku pendahulu hari ketiga bersama Jang Ha-Na di Kejohanan Golf Coates di tengah Florida, kelmarin.

Pada hari di mana tidak seorangpun pemain yang berjaya menamatkan pusingan ketiga gara-gara kilat dan hujan lebat. Lydia dan Ha-Na kembali turun bermain untuk melengkapkan baki enam lubang di lapangan Golden Ocala.

Masing-masing mencatat tujuh di bawah par apabila permainan ditamatkan dalam cuaca agak buruk kelmarin hingga memaksa semua pemain mengenakan beberapa lapis pakaian bagi mengelak kesejukan.

Lydia dan Ha-Na mengumpul kelebihan satu pukulan berbanding lima pemain lain termasuk Lexi Thompson manakala juara Terbuka AS 2014, Michelle Wie ketinggalan empat pukulan di belakang.

Pusingan ketiga akan disambung hari ini manakala pusingan akhir akan diadakan di sebelah petang.

Kelmarin, beberapa cubaan Lydia untuk membenam birdie tidak menjadi.

“Saya perlu terus positif dengan pukulan putt tetapi ada kalanya ia tetap tidak menjadi seperti yang anda rancang. Itulah yang berlaku kepada saya,” kata pemain remaja kelahiran Korea Selatan itu.

Di green ketujuh, Lydia mendakwa bolanya bergerak sendiri akibat angin kuat sekali gus mengganggu tumpuannya untuk menyempurnakan putt.

Bagaimanapun, rakaman televisyen menunjukkan tiada sebarang pergerakan ke atas bolanya.

“Anda cuma mahu memastikan semuanya beres sebelum melakukan putt,” kata juara 10 acara LPGA itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");