Jenayah

Kontraktor ditahan kes seleweng RM190,000

ALOR SETAR: Seorang pemilik sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bagi membantu siasatan kes penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran 11 program bernilai hampir RM190,000, di Beseri, Perlis, semalam.

Penahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang ditahan di rumahnya, sekitar 11 pagi itu susulan aduan berhubung penyalahgunaan dana Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE), Universiti Utara Malaysia (UUM) oleh kontraktor terbabit antara tahun 2013 hingga 2014.

Sumber berkata, lelaki berkenaan dibawa ke pejabat SPRM Kedah untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Difahamkan, lelaki yang sudah berumahtangga itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan suspek utama, iaitu seorang pensyarah UUM yang ditahan SPRM, dua minggu lalu membabitkan kes sama dengan nilai tuntutan RM14 juta.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Beberapa penahanan akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Pada 28 Januari lalu, seorang pensyarah kanan UUM ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes tuntutan palsu melibatkan dana sebanyak RM14 juta. Suspek berusia 46 tahun itu sebelum ini diamanahkan untuk melaksanakan lebih 350 kursus pembangunan kerjaya pelajar bagi kluster Pemborongan Peruncitan,Hospitaliti dan Pelancongan serta Perkhidmatan Kewangan di pusat pengajian seluruh negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");