Panasnya Hari Ini

Kontraktor Maut Kenderaan Terbabas

BATU PAHAT: Seorang kontraktor maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dalam satu kemalangan yang berlaku petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu Mohamad Johari Yasin dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan sehingga menyebabkannya gagal mengawal kenderaan dan seterusnya melanggar besi pembahagi jalan di bahagian tepi jalan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang berasal dari Perak mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala penumpang kereta tersebut, Noorazly Ja’Alam pula hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua – dua mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan menerima rawatan,” katanya.

Ujarnya, hasil siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan brek atau geseran.

“Kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian pintu depan sebelah pemandu.

“Sewaktu kejadian juga hujan renyai-renyai,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");