Panasnya Hari Ini

Krisis Azmin Dan Guang Eng Adalah Perkara Biasa

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub menyifatkan pertelingkahan di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (LGC) adalah perkara biasa.

Tambahnya, perselisihan faham dua pemimpin itu juga tidak akan menyebabkan keretakan hubungan antara DAP dan PKR.

“Saya rasa bukan pepecahan (pergaduhan Azmin dan Guan Eng), malah benda ini merupakan pekara biasa dalam mana-mana pentadbiran negeri,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday.

Isu Azmin dan Guan Eng itu akan dirujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

“Perkara ini saya rasa kita akan selesaikan melalui Majlis Presiden, kita akan selesaikan apa yang berlaku dalam kalangan kita (pembangkang).

“Saya yakin dan percaya bahawa Pakatan Harapan ada mekanisme untuk berbincang dan saluran terbaik untuk kita adalah meja Majlis Presiden,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Harapan pastinya mempunyai jalan penyelesaian tersendiri mengenai perkara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");