Panasnya Hari Ini

Kritikan Bukan Untuk Melemahkan – Shafie Apdal

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menyatakan bahawa kritikan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pimpinan parti bukan bermaksud untuk melemahkan apatah lagi menjatuhkan parti dan kerajaan.

Tegasnya, ia adalah semata-mata untuk mengukuhkan parti dan kerajaan.

Jelasnya, kedudukan parti dan kerajaan adalah lebih penting berbanding daripada pemimpin serta individu tertentu.

“Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya.

“Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu atau pun pemimpin tertentu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang melabelkan seseorang ahli parti yang menegur dan mengkritik sebagai seorang yang tidak setia.

“Malah ada juga individu yang terus melabel mereka ini sebagai pengkhianat kepada parti dan ada juga yang mengatakan mereka ini seolah-olah sebagai anjing yang menggigit kaki,” katanya, lapor Free Malaysia Today lagi.

Tambahnya, seorang pemimpin yang baik perlu berani bersuara bagi memastikan jentera parti dan kerajaan dapat diperkuatkan lagi meskipun berhadapan dengan kehilangan jawatan serta kedudukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");