Sukan Hari Ini

Kuantan FA resah tonggak cedera

Kuantan: Masalah kecederaan membelenggu Kuantan FA apabila bertandang ke Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bertemu Perlis malam ini.

Bagaimanapun pengurus Datuk Wan Solihi Wan Hassan berkata, kecederaan dialami beberapa pemain utama tidak menghalang Kuantan FA untuk meraih mata di gelanggang lawan.

Katanya, prestasi cemerlang iaitu mencatat satu kemenangan dan dua seri dalam aksi Liga Perdana setakat ini diharap dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

“Walaupun sedar Perlis pasti mahukan kemenangan terutama kelebihan beraksi di halaman sendiri, saya percaya pemain mampu melakar kemenangan ke atas tuan rumah.

“Bukan hanya menyandarkan harapan kepada kesebelasan utama tapi 30 pemain yang didaftarkan musim ini mampu memikul tanggungjawab apabila diturunkan.

“Oleh itu pasukan tidak terlalu bergantung kepada 11 pemain, sebaliknya baki pemain sedia ada akan beraksi dengan baik untuk membantu pasukan meraih kemenangan,” katanya semalam.

Selepas tiga perlawanan, Kuantan FA atau The Seagulls mengutip lima mata hasil daripada kemenangan 4-1 ke atas Sabah dan dua seri dengan Negeri Sembilan (1-1) dan UiTM (0-0).

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");