Perak Hari Ini

Ladang Sungai Rui Bantu Masyarakat Setempat

GERIK: Pelancaran ladang rakyat di Sungai Rui, di sini dilihat mampu membantu meringankan beban hidup keluarga miskin di Daerah Hulu Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ladang rakyat tersebut diusahakan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).

“Ianya dibangunkan oleh SADC dalam usaha kita untuk memberikan ladang-ladang ini kepada rakyat yang dipilih dan menetap di kawasan Parlimen Gerik serta Lenggong dan mereka ini dikategorikan layak untuk menerima.

PERAKTODAY1-2

“Kita harapkan dengan ladang getah yang dibangunkan ini dapat membantu meringankan beban hidup mereka yang terdiri daripada keluarga miskin,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ladang Sungai Rui dan melancarkan Agrotourism Sungai Rui.

Katanya lagi, getah dipilih sebagai tanaman di ladang yang seluas 823.19 hektar di Kilometer 25 Lebuhraya Gerik-Kupang, di sini.

PERAKTODAY2-2

“Getah dipilih sebagai tanaman di ladang ini kerana saya difahamkan taburan hujan yang sedikit dikawasan ini dan ianya sesuai dengan tanaman getah iaitu getah jenis Timber Latex Clon (TLC),”jelasnya.

Sementara itu, beliau turut melancarkan Pusat Agrotourism Sungai Rui yang merupakan pusat rekreasi di ladang berkenaan.

“Konsep agro tourism ini merupakan perkara sampingan selain daripada kawasan perladangan yang dibangunkan SADC dimana kita mengenalpasti kawasan ini yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan rekreasi.

PERAKTODAY6-1

“Mungkin satu hari nanti kawasan ini akan menjadi tumpuan masyarakat yang berdekatan seperti penduduk di Baling, Pulau Pinang dan Gerik,”ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Zambry turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM1 juta daripada SADC kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");