Sukan Hari Ini

Laluan penuh berliku ke pentas kebangsaan

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak Tengah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria percaya kejayaan dicapai barisan pemainnya dalam saingan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang kini memasuki peringkat nasional bukanlah satu jalan yang mudah.

Tanpa berselindung dan menghamburkan pujian kepada barisan kejurulatihan serta pemain, Mohd Nizar mahu rentak kecemerlangan ini diteruskan sehinggalah pasukan mencapai kejuaraan.

“Kejayaan pasukan melangkah ke peringkat nasional bukanlah mudah, kita perlu mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan pemain yang memastikan Perak Tengah melangkah sejauh ini.

“Kita mewakili negeri (Perak) jadi bagi saya ia kejayaan manis dan lebih bermakna jika kita berjaya menjulang kejuaraan,” katanya.

Mengulas mengenai tajaan yang diterima sesetengah pasukan lain dalam saingan LBR kali ini, Mohd Nizar menjelaskan ia bergantung kepada pengurusan masing-masing.

“Setiap pasukan memiliki kaedah dan cara masing-masing, bagi kita penghargaan dan sumbangan kepada pemain tetap diberikan untuk pemain,” katanya yang hadir menyaksikan perlawanan di antara Perak Tengah menentang Rembau, Sabtu lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Padang C UiTM Seri Iskandar, Perak, Sabtu lalu, tuan rumah berjaya mendahului lawan pada minit ke-18 melalui jaringan Muhammad Haikal Mus namun lawan menyamakan kedudukan pada minit-32 hasil jaringan Ibrahim Suhaib.

Ibrahim nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan tuan rumah apabila meledak gol kedua buat dirinya dan pasukan ketika perlawanan berbaki 13 minit sebelum berakhir.

Selain Perak Tengah dan Rembau yang berada dalam Kumpulan B, Ledang dan Bukit Bintang juga turut sama dalam kumpulan tersebut di mana Ledang berjaya mengutip mata penuh selepas menewaskan Bukit Bintang 1-0.

Rembau kini mengungguli Kumpulan B bersama Ledang, manakala Perak Tengah di tempat ketiga dan Bukit Bintang di tempat keempat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");