Sukan Hari Ini

Ledakan Aubameyang

Berlin: Pierre-Emerick Aubameyang meraih gol ke-30 buatnya musim ini awal pagi semalam untuk mengemudi Borussia Dortmund ke separuh akhir Piala Jerman selepas mengatasi VfB Stuttgart 3-1.

Penyerang Gabon Aubameyang dan pemain sayap Jerman Marco Reus, yang menyumbang 45 gol Dortmund dalam semua pertandingan musim ini, meledak gol sebelum Henrik Mkhitaryan menambah gol ketiga.

Aubameyang kini menjaringkan gol dalam setiap tujuh perlawanan terakhir Dortmund dalam Piala Jerman, bermula sejak awal musim lalu, selepas turut menyumbat gol ketika Dortmund kalah 1-3 kepada Wolfsburg pada final Mei lalu.

“Auba tahu bagaimana untuk menggunakan peluang dan dia bekerja keras membaiki penyudahnya setiap hari,” kata Reus. “Seronok bermain di sampingnya.”

Dortmund mara ke separuh akhir bagi musim ketiga berturut-turut ketika cabaran Stuttgart, yang menang lima perlawanan berturut-turut sejak pertengahan Disember, berakhir.

Terdahulu, penyerang veteran Claudio Pizarro membantu Werder Bremen menang 3-1 ke atas Bayer Leverkusen yang beraksi dengan 10 pemain pada suku akhir dengan memainkan peranan penting bagi kemenangan mengejut itu.

Penyerang Mexico Javier Hernandez meletakkan Leverkusen di depan sebelum disamakan pertahanan tengah Bremen dari Argentina Santiago Garcia. Pertahanan Bayer dari Brazil Wendell dibuang padang sebaik sebelum rehat.

Selepas ketiadaan Wendell, penyerang berusia 37 tahun dari Peru, Pizarro menyumbat gol kedua Bremen menerusi sepakan penalti sebelum mencipta gerakan gol ketiga. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");