Isu Panas

Legasi Tok Guru harus diteruskan

KUANTAN – Pas Pahang akan terus berjuang membawa gagasan kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, Nik Abdul Aziz berjuang menegakkan syariat Islam mengikut cara yang sudah ditetapkan agama.

Menurutnya, Allahyarham sentiasa berpesan supaya tidak berhenti memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

“Allahyarham bukan sahaja sebagai pemimpin tetapi seorang Murabbi bagi Pas dan umat Islam di seluruh Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kepimpinan Nik Abdul Aziz membuktikan wajah sebenar Pas yang berjuang untuk meninggikan syiar Islam kepada rakyat di negara ini.

Rosli berkata, ketokohan Tok Guru juga sangat menarik minat orang ramai untuk menyertai Pas bukan sahaja di negeri Kelantan malah di negeri Pahang.

“Beliau seorang yang lembut tetapi sangat tegas terutamanya perkara yang berkaitan Islam dan disebabkan itu Pas berjaya mencapai sehingga ke tahap ini,” katanya.

Menurutnya, banyak sumbangan yang diberikan dan paling istimewa ialah pembangunan awal pembinaan kompleks Pas Pahang yang sangat diperlukan ketika itu.

Rosli turut menasihati ahli Pas supaya meneruskan legasi kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

“Hari ini (semalam) genap setahun pemergiannya. Saya harap semua ahli tidak bersedih sebaliknya menjadikan beliau sebagai contoh dalam perjuangan Islam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");