Sukan Hari Ini

Lelaki baling pemetik api ditahan polis

POLIS menahan seorang lelaki yang membaling pemetik api ke dalam padang ketika Chelsea menewaskan Manchester City 5-1 dalam saingan Piala FA di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Objek itu dibaling ketika David Faupala meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan di penjuru padang berdekatan penyokong Chelsea pada babak pertama.

“Seorang lelaki ditahan kerana membaling pemetik api ke dalam padang dan dia kini direman untuk siasatan lanjut.

“Pada masa yang sama, siasatan diteruskan bagi mencari individu yang membaling syiling,” kata kenyataan yang dikeluarkan polis.

Chelsea sebelum itu menegaskan mereka akan mengenakan larangan masuk ke stadium dan menyokong tindakan polis jika dapat mengenal pasti penyokong yang membaling syiling tersebut.

“Kami mengutuk tingkah laku bodoh dan bahaya itu. Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertanggungjawab, kami akan melarang mereka masuk ke Stamford Bridge,” kata Ketua Komunikasi Chelsea, Steve Atkins.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");