Sukan Hari Ini

Liga Juara-Juara: Dua Gol Messi Tewaskan Arsenal

BARCELONA berjaya menewaskan Arsenal dengan 2-0 dalam pusingan pertama 16 pasukan pada Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, awal pagi Rabu.

Kemenangan dua gol itu dicatatkan menerusi aksi Lionel Messi.

Permainan menyaksikan Barcelona mendominasi penguasaan bola 65 peratus.

Tiada sebarang jaringan pada separuh masa pertama antara Barcelona dan Arsenal.

Bagaimanapun, Messi memecah kebuntuan apabila membuat jaringan pada minit ke-71 buat Barcelona.

Messi kemudiannya mencatatkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.

Ia merupakan gol ketujuh Messi membolosi gawang Arsenal.

Hingga wisel ditiup menamatkan permainan, skor kekal 2-0 dengan kemenangan Barcelona ke atas Arsenal.

Kemenangan itu hanya memerlukan Barcelona memperoleh skor berimbang tanpa gol pada pusingan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");