Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Ligamen Fazreen Rafi Putus, Diganti Dengan Ligamen Mayat

KUALA LUMPUR: Pelakon Fazreen Rafi telah mengalami kecederaan teruk baru-baru ini ketika bermain bola sepak sehingga mengakibatkan ligamennya putus dan telah doktor telah bertindak menggantikan ligamen baru  yang diambil dari mayat .

Ujar Fazreen, doktor telah menggantikan ligamen baru iaitu yang diambil dari mayat dan diletakkan ke lututnya.

“Saya pun tak tahu dari ligamen siapa tetapi saya hanya mampu ucap terima kasih. Saya diberi cuti oleh doktor selama dua minggu dan mengambil masa selama enam minggu untuk pulih sepenuhnya.

“InsyaAllah, saya akan start penggambaran pada bulan 5 dan diharapkan ketika itu saya sudah pulih sepenuhnya,” ujar Fazreen memetik sumber Media Hiburan.

Bagaimanapun, Fazreen menyatakan beliau bersyukur kerana keadaannya kini yang semakin bertambah baik.

Fazreen juga sempat memaklumkan mengenai perniagaan Jubah Lelaki Moden yang dijalankannya kini akan berpindah lokasi ke bangunan baru empat tingkat di Shah Alam.

“Selain daripada menjual jubah yang telah siap, saya juga mengambil tempahan secara pukal yang akan dijahit oleh pekerjanya sendiri,” kata Fazreen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");