Panasnya Hari Ini

Lima Acara Tidak Tersenarai, KJ Sedia Campur Tangan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk campur tangan dalam pemilihan acara-acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti.

Tegasnya, pertemuan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diadakan bagi membincangkan mengenai lima acara sukan yang tercicir dalam senarai awal sukan tersebut yang sepatutnya dipertandingkan.

Terdahulu, MOM mengumumkan senarai awal 34 sukan yang bakal dipertandingkan nanti pada Rabu, namun lima acara judo, triathlon, bina badan, lawan pedang dan kanu tidak tersenarai.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam program ‘moh bedil’ anjuran yayasan kebajikan atlet (YAKEB) memetik sumber Astro Awani.

Beliau turut berharap pihaknya akan menentukan sedikit masa lagi mengenai sasaran pingat di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, meskipun MOM telah mengumumkan sasaran pingat sebanyak 105.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");