Perak Hari Ini

Lima PATI Ditahan Ketika Nyenyak Tidur

BAGAN SERAI: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan apabila gagal melarikan diri bersama lebih 20 rakan mereka yang lain menerusi Ops PATI yang dijalankan di Taman Serai Perdana, di sini, awal pagi semalam.

Operasi tersebut telah diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Asisten Superitendan Ibrahim Abu Bakar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, seramai 20 PATI berjaya melepaskan diri melalui satu lubang rahsia yang ditutup dengan papan nipis di belakang rumah kongsi sewaktu serbuan tersebut dilakukan.

Mengulas lanjut, kesemua PATI tersebut dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan telah tinggal di negara ini dalam satu tempoh yang lama.

Pati 1

“Bagaimanapun, lima lelaki PATI yang sedang tidur di dalam rumah kongsi telah dicekup oleh pihak polis.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat, lima suspek terbabit ditahan atas kesalahan tidak mempunyai permit perjalanan yang sah,”ujarnya.

Lima yang ditahan ialah tiga warga Indonesia, seorang warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun seterusnya telah dibawa ke IPD Kerian untuk tindakan lanjut.

Operasi ini juga turut dibantu oleh lima anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK).

Pati 2

“Penangkapan lima PATI ini menjadikan jumlah tangkapan PATI di Kerian meningkat kepada 18 orang setelah seramai 13 PATI ditahan dalam satu serbuan di tapak pembinaan PR1MA, Jalan Siakap, 29 Januari lalu.

“Serbuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai Jabatan Imigresen dan mereka ditahan kerana tidak memiliki permit perjalanan yang sah dan salah seorang daripada mereka memiliki permit yang tamat tempoh,”ujarnya.

Kata Omar Bakhtiar lagi, antara yang ditahan ialah tujuh lelaki dan tiga wanita warga Indonesia, dua lelaki Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");