Sukan Hari Ini

Lonjak moral Bayern

Berlin: Thomas Mueller mengingatkan tiada apa-apa rumusan yang boleh dibuat atas kejayaan Bayern Munich ke atas Darmstadt walaupun ia sedikit sebanyak melonjakkan moral pasukan menjelang aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Juventus di tempat lawan.

Mueller meledak dua gol bagi membolehkan pendahulu Bundesliga itu bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 pada perlawanan terakhir sebelum ke Turin.

Mueller membuka jalan buat kelab gergasi Jerman itu untuk keluar daripada masalah di Arena Allianz sebelum Robert Lewandowski menambah gol ketiga.

Jurulatih Bayern Pep Guardiola memberi peluang kepada Serdar Tasci untuk beraksi di pertahanan tengah ketika beliau cuba membuat eksperimen ke atas benteng Bayern yang turut dianggotai Rafinha, Joshua Kimmich serta David Alaba.

Franck Ribery masuk sebagai pemain gantian untuk melorongkan bola bagi membolehkan Lewandowski menghasilkan gol ketiga Bayern pada penampilan ketiga bintang Perancis itu musim ini.

Guardiola dijangka mengubah pertahanan pasukannya pada perlawanan menentang Juventus.

Mueller pantas berkata, Bayern tidak boleh mengharapkan untuk menikmati penguasaan 81 peratus seperti yang diterima pada perlawanan di Turin. Menentang Darmdstadt, Bayern menghasilkan 36 cubaan ke gawang lawan.

“Perlawanan hari ini tidak ada kena mengena dengan aksi kami menentang Juventus nanti, kami gembira kerana menang dan memperoleh tiga mata. Di Turin, semuanya akan bermula 0-0,” kata Mueller. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");