Sukan Hari Ini

Lucero pemain import keempat JDT

PEMAIN muda Argentina, Juan Martin Lucero diumumkan menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Pengumuman tersebut dibuat, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali gus melengkapkan barisan pemain import juara Piala AFC 2015 itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kelewatan pengumuman pemain import keempat kami kerana kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan.

“Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan Martin Lucero dari kelab Argentina, Independiente meskipun kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT,” katanya yang dipetik dari Facebook Johor Southern Tigers di sini, semalam.

Katanya, pemilihan pemain berusia 24 tahun itu dibuat selepas mengambil pandangan pengurusan Harimau Selatan.

“Selepas pertemuan dengan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards; Pengurus Mario Gomez; Penolong Jurulatih Raul, Scouts dan Ejen kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa, dan juga scouts kami yang lain di Argentina, kami berasakan dia pemain paling sesuai untuk kami.

“Adalah merupakan perkara yang terbaik apabila memiliki pemain muda kerana mereka mempunyai nilai dan boleh dianggap sebagai aset kelab kami.” katanya.

Akuinya, Lucero masih muda dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik selain pemain muda Argentina yang sedang meningkat naik dan menyifatkannya sebagai seorang pemain yang rajin.

“Kami amat bertuah kerana berjaya mendapatkan beliau di JDT walaupun banyak kelab lain di seluruh dunia bersaing mendapatkannya.

“Ini menunjukkan bahawa reputasi kami sedang berkembang di pentas dunia,” katanya.

Tunku Ismail berkata, Lucero akan mula menyertai latihan bersama pasukan semalam dan sesi perkenalan pemain itu akan dibuat hari ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Barisan pemain import berstatus bintang yang pernah membarisi Harimau Selatan, Daniel Guiza, Simone Del Nero, Pablo Aimar, Luciano Figueroa dan Marcos Antonio.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");