Membawang Hari Ini

M Nasir teruja beraksi bersama Jay Jay, Ogy

PENYANYI yang banyak gelaran ini sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Penglibatannya dalam industri seni sudah lama.

Tidak hanya penyanyi, beliau jugalah pelakon, pengarah, pencipta lagu, pelukis dan penulis lirik. Datuk M Nasir sekali lagi diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Menara Kuala Lumpur bersempena minggu setiausaha.

Beliau yang mendapat gelaran sifu ini teruja dapat bergandingan bersama penyanyi Jay Jay dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) menerusi showcase Suatu Masa… Bersama Datuk M Nasir, pada 28 April nanti.

Pembabitan rakan seperjuangannya itu sangat dinantikan sementelah sudah lama tidak beraksi bersama.

“Saya pernah bekerja dengan Jay Jay dan Ogy, tetapi bekerja bertiga ini kali pertama.

“Kerana itu saya mahu merancang kelainan bagi persembahan ini nanti. Mungkin saya berduet bersama Jay Jay. Ini kira bonus kepada penonton yang hadir,” katanya pada sidang media showcase tersebut.

Kata pelantun lagu Mentera Semerah Padi ini, pertemuan tersebut menjadi pengalaman manis kepadanya.

“Walaupun hanya menyanyi bersama Jay Jay, manakala Ogy bertindak sebagai pengacara, saya yakin keletah Ogy membuatkan showcase tersebut lebih meriah.

“Saya harap gandingan kami memberi impak kepada penonton,” katanya.

Mengenai lagu dinyanyikan nanti, M Nasir membawakan lagu popularnya seperti Tanya Sama Itu Hud Hud, Andalusia, Keroncong Untuk Ana serta tujuh lagu lain.

Selain lagu popular, beliau membawakan kelainan dengan menampilkan pemuzik iringan demi kepuasan penonton.

“Showcase ini mengambil durasi satu jam sahaja, tetapi saya mahu mereka puas hati dan gembira dengan persembahan tersebut.

“Kerana itu, saya enggan menggunakan minus one supaya mereka rasa seperti menonton konsert besar,” katanya sentiasa berikan terbaik dalam setiap persembahannya.

Harga tiket yang bagi sebuah meja adalah RM6,880 (Platinum 10 orang), RM4,880 (Gold 10 orang) dan RM2,888 (Silver 10 orang).

Untuk tempahan atau maklumat lanjut hubungi 03-20205444 atau layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");