Panasnya Hari Ini

‘Mahathir Malu Mukhriz Disingkir’ – Nazri

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Penyertaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam himpunan anti-Najib adalah kerana beliau malu apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kehadiran Mahathir ke himpunan yang dianjurkan oleh bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim adalah untuk membalas dendam terhadap Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Anda kena ingat, Mahathir ini pendendam. Jadi dia malulah. Anak dia tak sampai sepenggal pun telah hilang jawatan Menteri Besar. Itu suatu perkara yang memalukan keluarga dia.

“Apa yang lebih malu bila digugurkan tak ada siapa pun nak demokrasi. Jadi mungkin saja untuk balas dendam terhadap Najib, beliau menyertai Zaid Ibrahim, seorang lagi ‘political failure’,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama portal berita, Free Malaysia Today.

Terdahulu, Mahathir telah menyatakan persetujuan beliau untuk menyertai himpunan tersebut kerana tiada jalan lain untuk beliau menyuarakan bantahan terhadap Najib.

Sementara itu, Nazri turut berkata, himpunan tersebut tidak akan berjaya seperti mana himpunan-himpunan yang dilakukan sebelum ini.

Dengan sinis beliau berkata, Mahathir juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa setelah MT UMNO membuat keputusan untuk menggantung jawatan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alah bisa tegal biasa. Berpuluh kali dah dia buat himpunan begini. Asalkan dia ikut peraturan sudahlah. Bagilah kebebasan.

“Waktu dia jadi Perdana Menteri dia tak bagi kita demonstrasi…jadi biarlah. Dia teringin nak demonstrasi. Saya sudah cakap dulu bukan dia boleh buat apa pun. Baling batu dekat gelas pun tak pecah. Biarlah dia,”ujar beliau sinis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");