Panasnya Hari Ini

Mahu Cadang Usul Penggantungan Jawatan Muhyiddin- Nazri Aziz

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa beliau akan mencadangkan usul penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat.

Nazri yang juga mengesahkan bahawa beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat tersebut kerana beliau menyifatkan ia sebagai aduan rasmi terhadap Muhyiddin kerana ‘gagal menjalankan tugasnya’ selaku timbalan presiden parti.

“Saya ingin merujuk beliau kepada jawatankuasa disiplin selagi mereka sedia menyiasat beliau.

“Saya juga akan mencadangkan bahawa jika beliau didapati melanggar beberapa seksyen dalam perlembagaan parti, beliau akan digantung,” kata memetik sumber laporan The Star Online.

Beliau menegaskan bahawa beliau menginginkan Muhyiddin sekadar digantung dan bukannya dipecat kerana bekas timbalan perdana menteri itu dipilih untuk memegang jawatan No.2 tertinggi dalam parti berkenaan.

Tambahnya, jika Muhyiddin selaku ahli biasa beliau mempunyai hak untuk menyuarakan kritikan terhadap kepimpinan parti tetapi sebagai timbalan presiden, tugasnya adalah untuk menyokong Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Jelas beliau lagi Majlis Tertinggi boleh memecat Muhyiddin sebagai ahli tetapi tidak mahu perkara itu berlaku kerana ia berkaitan hal disiplin dan Muhyiddin tidak melakukan kesalahan jenayah.

Ujarnya,jika penggantungan itu berlaku, ia akan dilanjutkan sehingga pemilihan parti yang akan datang seperti contoh tindakan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam kes ini, jika penggantungan Muhyiddin berlaku, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas tersebut sementara waktu kerana beliau merupakan Naib Presiden pertama dalam parti.

“Jika Muhyiddin dipecat, saya fikir ia keterlaluan kerana apa yang dilakukannya adalah mengkritik tetapi beliau tidak boleh mengkritik kerana beliau adalah timbalan presiden. Jadi langkah terbaik adalah menggantung tugas beliau,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, tindakan itu dirasakan akan membantu mengukuhkan parti dan bukanya menjejaskan.

“Bagaimana kita boleh mengadakan mesyuarat mengenai rahsia dan strategi Umno apabila timbalan presiden duduk di sebelah dan bersedia melakukan apa sahaja untuk melemahkan parti… kita tidak boleh beroperasi dengan baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");