Panasnya Hari Ini

Majlis Angkat Sumpah MB Kedah Baharu Jam 10 Pagi Esok

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka akan mengangkat sumpah jam 10 pagi, pada Khamis di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Pelantikan rasmi Ahmad Bashah itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, sebentar tadi.

Sidang media itu dibuat selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir selesai mengadakan sidang media untuk mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah yang berkuatkuasa serta merta.

“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa pada 3 Februari 2016.

“Berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah memperkenan Datuk Ahmad Bashah, ADUN Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa 4 Februari 2016,”ujarnya, memetik laporan mstar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");