Perak Hari Ini

Maklumat Terperinci Mampu Bongkar Penyelewengan LPG – KPDNKK

SELAMA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengharapkan agar pengguna tampil memberi maklumat yang terperinci berkaitan penyelewengan dan penipuan oleh peniaga berkaitan gas petroleum cecair (LPG).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, maklumat terperinci yang diberikan pengadu membantu KPDNKK untuk membanteras perkara-perkara sebegitu.

“Bila keluar isu-isu besar ini pada penghujung tahun 2015, saya dah panggil pegawai-pegawai kita untuk buat sesuatu.

“Bila kita nak tangkap orang-orang yang buat kerja-kerja sebegini ianya bukan sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan risikan dan kerjasama daripada semua pihak,”katanya ketika ditemui selepas beliau merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, disini, tengah hari tadi.

Ujar Hamzah lagi, antara kerjasama yang diperlukan oleh kementeriannya adalah daripada pihak Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya.

PERAK TODAY 11

“Kita panggil ini sebagai National Blue Ocean Strategi (NBOS) yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kerjasama dengan Peguam Negara untuk tentukan sama ada ianya menyalahi undang-undang atau tidak dan begitu juga dengan agensi lain.

“Kita telah menerima aduan daripada seluruh negara sama ada ianya kes besar atau kecil,”ujarnya.

Tambahnya lagi, kementerian itu tidak akan sesekali mendedahkan strategi yang dirancang untuk membanteras kegiatan-kegiatan tidak beretika yang dilakukan oleh peniaga di negara ini.

Jelasnya,, apa yang diumumkan beliau adalah dari segi taktikal kementerian tersebut.

“Bila saya umumkan di Kuala Lumpur dan saya cakap kita akan turun ke bawah untuk buat operasi besar-besaran, kemudian ada orang cakap dekat saya itu bukan strategi namanya.

“Memang itu bukan strategi, itu taktikal namanya. Strategi kita takkan saya nak bagi tahu, kalau saya bagitahu, tak kena tangkap hari itu,”

Katanya lagi, strategi keseluruhan KPDNKK adalah untuk menentukan supaya para peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Sekarang ini apa yang kita buat adalah dengan mengambil tindakan yang tegas. Bukan bermakna selama ini tidak tegas.

“Sebab itu kita tahan semua akaun-akaun bank sebab kita nak pastikan supaya selepas ini tidak ada orang-orang yang berani untuk buat perkara-perkara sebegini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");