Panasnya Hari Ini

Malaysia Akan Kembali Normal Jika Najib Dan Rosmah Disingkir

KUALA LUMPUR:Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tampil menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya dipersalahkan kini.

“Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).

“Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor memetik sumber Malaysiakini.

Tambahnya lagi, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.

Beliau turut mengulas mengenai keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

“Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah,” katanya.

Beliau juga turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma tersebut.

Tambahnya kenyataan itu menyebabkan semua pihak terkejut setelah mengetahuinya.

“Semua orang terkejut.

“Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?

“(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).

“Awak fikir rakyat bodoh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");