Panasnya Hari Ini

MARA Terlebih Bayar RM129 Juta Dalam Pembelian Hartanah

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) didakwa terlebih bayar sebanyak RM129 juta di dalam urusan pembelian empat hartanah di Australia, dakwa Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW).

Sehubungan itu, Pengarah NOW, Akmal Nasir telah membuat satu laporan polis bagi mendesak MARA mendapatkan semula wang yang terlebih bayar termasuklah daripada individu-individu yang terlibat.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Kita telah membuat laporan polis mengenai skandal MARA yang melibatkan bagaimana MARA membeli hartanah-hartanah di Australia dengan ‘terlebih bayar’ sebanyak RM129 juta,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambah Akmal lagi, beliau menamakan tiga individu sebagai pihak yang didakwa terlibat di dalam urusan pembelian hartanah itu.

Katanya, salah seorang daripadanya ialah Exco Pemuda UMNO dan abang iparnya.

“Laporan ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat secara rasmi skandal ini terutamanya individu-individu yang telah dinamakan dalam mahkamah di Australia.

“Kita juga boleh mengetahui sama ada isu ini mempunyai unsur pecah amanah yang melibatkan pengurusan MARA atau ahli politik,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");