Panasnya Hari Ini

Mat Sabu Akui Amanah Hadapi Masalah Kewangan

KUALA LUMPUR:Presiden Amanah, Mohammad Sabu mengakui bahawa parti itu berhadapan dengan masalah kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan dana.

Tambahnya, Amanah memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan.

Ujarnya lagi, setakat ini Amanah hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung,dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segalanya.

“Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.

“Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan,” katanya selepas hadir menyampaikan taklimat di Wisma Amanah Pahang di Taman Chengal Temerloh memetik sumber Sinar harian.

Beliau turut mengakui bahawa sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk menyertai parti itu amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 130,000 borang keahlian berjaya diedarkan iaitu satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka manakala selebihnya dalam proses.

“Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya turun ke bawah berjumpa dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan kita guna selepas ini untuk mengambil ahli baharu, kita juga dalam proses untuk membuat pendaftaran online,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");