Membawang Hari Ini

Maya tak berdendam dengan bekas suami

KUALA LUMPUR: Akur dengan ketentuan hidup apabila mahligai dibina akhirnya runtuh, penyanyi Maya menjelaskan hubungan dengan bekas suami, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, masih baik.

Maya yang popular dengan lagu Matahari memberitahu BH Online, mereka berpisah secara baik. Ikatan suami isteri terlerai apabila Maya diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Syariah pada 17 Ogos lalu.

“Perpisahan ini tidaklah membuatkan kami berdendam hingga tak bertegur sapa. Kami masih bertanya khabar kalau ada kesempatan.

“Tempoh mengenalinya, kami banyak berkongsi suka duka. Tipulah kalau saya cakap perpisahan ini tak menyedihkan. Tapi saya harus optimis dan kuat berdepan suratan hidup ini. Saya perlu teruskan hidup,” katanya.

Maya berkata, perpisahannya dengan bekas suami membuatkan dia menjadi lebih dewasa dan mengenali peribadi insan.

“Benar, perpisahan ini mematangkan saya. Kami sekarang membawa haluan masing-masing dan hidup seperti biasa.

“Saya harap, orang di luar tidak cepat menghukum kami. Saya tak minta semua ini kerana jodoh pertemuan serta perpisahan di tangan-Nya,” katanya.

Tambah Maya lagi, selama ikatan perkahwinan masih terjalin, dia dan suami berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga.

“Apa yang saya lalui banyak membuatkan saya jadi lebih sabar. Alhamdulillah, saya tak mahu terus larut dengan perasaan sedih. Saya nak fokus kepada kerjaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Maya akan mempromosikan lagu duet berjudul Setia bersama kakak Siti Nurhaliza, Saida, tidak lama lagi.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");