Jenayah

Mayat dibungkus plastik belum dikenal pasti

Putrajaya: Identiti mayat lelaki dipercayai dibunuh yang ditemui dalam bungkusan plastik hitam di kawasan semak berhampiran Lebuhraya Persiaran Utara, Jumaat lalu belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, bedah siasat akan dibuat esok di Hospital Serdang bagi mengenal pasti identiti mangsa.

“Kita akan menunggu hasil siasatan pihak forensik hospital untuk mengenal pasti identiti mayat sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

“Setakat ini, kita belum menerima aduan berkenaan kehilangan ahli keluarga dan tiada yang tampil sebagai saksi mengenai kes pembunuhan ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini, hari ini.

Rosly berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke lokasi mayat ditemui.

Pada masa sama, berhubung kes ‘Puan Najah’ yang dipercayai meminta derma dengan menyamar sebagai pembantu peribadi kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia masih dalam siasatan.

Beliau berkata, pihak siasatan jenayah komersial masih meneruskan siasatan dengan menyemak segala butiran daripada akaun yang dikenal pasti terbabit dalam kes ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");