Sukan Hari Ini

Melaka United tak patah semangat

Melaka: Kekalahan Melaka United menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Kuala Lumpur pada aksi pusingan kedua Piala FA di Selayang kelmarin dianggap azimat berharga buat skuad terbabit menyediakan barisan mantap pada saingan Liga Perdana musim ini.

Walaupun terikat 1-1 selepas masa tambahan, namun tewas 2-4 kepada City Boys dilihat sebagai pentas melonjak semangat pemain skuad itu untuk lebih menyerlah di pentas liga.

Jurulatih Melaka Mat Zan Mat Aris berkata, beliau akur dengan kekalahan berkenaan selepas pemain mempersembahkan gaya permainan melawan yang kental menerusi semangat juang tinggi ketika ketinggalan seawal minit keempat hasil jaringan import Brazil, Casa Grande.

Malah, pemainnya bangkit memberi tekanan hebat hingga akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jasmir Mehat yang menerima hantaran tepat Wan Amirul Afiq pada m-87 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

“Perjuangan sebegini amat kami harapkan, sekali gus memberi gambaran kesungguhan yang dimiliki jika terus dipertingkat tidak mustahil sasaran layak ke Piala Malaysia dan Liga Super mampu direalisasikan.

“Persembahan semua pemain amat dipuji, walaupun sedikit gugup pada babak awal permainan selebihnya mereka berjaya membentuk sentuhan yang diharapkan,” katanya.

Menurutnya, kegagalan penyudah penalti menerusi Nurshamil Abd Ghani dan import Korea, Shin Jae Pil juga tidak disangka sama sekali berikutan kebiasaannya mereka melakukan yang terbaik ketika sesi latihan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");