Jenayah

Melecur kopi panas

Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki melecur pada muka dan tubuh dipercayai akibat kecuaian pengasuh ketika mangsa dihantar ke taska di AU5, Lembah Keramat, di sini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa berusia setahun lima bulan itu melecur teruk akibat terkena tumpahan kopi panas.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan ibu bapanya di pusat jagaan itu berikutan mereka keluar bekerja.

“Bapa mangsa mendakwa dia dan isterinya berada di pejabat ketika kejadian. Mereka menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan taska berhubung kejadian itu.

“Setibanya bapa mangsa di taska itu, dia terkejut apabila mendapati anaknya melecur di muka dan badan akibat terkena air panas,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");