Isu Panas

‘Memang boleh tarik diri dari TPP tapi…’

BANGI – Pengarah Strategik Pemuda Pas, Syahir Sulaiman berkata, memang benar Malaysia boleh menarik diri daripada Perjanjian Trans Pasifik (TPP) namun, ada beberapa mudarat yang mungkin akan berlaku sekiranya negara bertindak sedemikian.

Bercakap ketika sesi teh tarik bersama anak muda bagi membincangkan perkara itu, Syahir berkata, antara kesannya Malaysia mungkin akan diboikot ekonominya oleh 11 negara TPP yang lain.

“Negara anggota TPP boleh memilih untuk keluar daripada perjanjian tersebut, perkara ini telah diperuntukkan dalam teks akhir TPP, manakala artikel ini membenarkan negara anggota ini menarik diri tapi dengan notis enam bulan.

“Dan sekiranya kita bersedia untuk berhadapan dengan tindakan ekonomi oleh 11 buah negara yang lain ini kita perlu menghadapinya,” katanya di program itu di Bandar Baru Bagi semalam.

Dalam pada itu, dakwanya Malaysia juga ba?kal menghadapi kenaikkan harga ubat selepas perjanjian itu dilaksanakan.

“Saya beberapa kali berjumpa kerajaan untuk membincangkan perihal ini.

“Kerajaan sama sekali tidak pernah menidakkan hal ini, tiada jawapan ‘tidak’ daripada kerajaan ketika diajukan isu ini,” katanya.

Malaysia menanda tangani TPP awal Februari lalu bersama 11 negara lain di Auckland New Zealand.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menandatangani perjanjian perdagangan bebas komprehensif abad ke-21 bagi pihak Malaysia.

Pakatan perdagangan itu mewakili hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai US$30 trilion.

Majlis penandatanganan TPP di ibu negara New Zealand ini adalah hasil rundingan yang sukar yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.

Dua belas negara anggota TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");