Sukan Hari Ini

MHC perkenal Liga Remaja Wanita

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) akan memperkenalkan Kejohanan Liga Remaja Wanita 2016 bermula 19 Februari hingga 10 April ini.

Timbalan Presidennya, George Koshy berkata, kejohanan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada 14 pasukan yang melibatkan sembilan negeri.

“Saya sangat berpuas hati kejohanan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada 14 pasukan ini bagi edisi pertama kejohanan.

“Sokongan pasukan ini adalah selaras dengan misi MHC untuk menaikkan semula standard sukan hoki wanita negara,” katanya pada sidang akhbar mengenai kejohanan itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Koshy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan berkata juara keseluruhan akan menerima hadiah wang RM15,000 manakala juara peringkat kumpulan akan membawa pulang RM5,000.

Setiap pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

“MHC juga turut memberikan subsidi kepada setiap pasukan sebanyak RM3,000 termasuk subsidi kos pengangkutan kepada pasukan yang bermain di Sabah dan pasukan Sabah yang turun bermain di Kuala Lumpur,” katanya.

Koshy juga berkata, tujuan utama liga itu ialah untuk membentuk pasukan divisyen I dan II bagi skuad hoki wanita.

“Semua ini akan dikaji semula selepas tamat kejohanan liga ini nanti. MHC mahu prestasi hoki wanita meningkat dalam tahap seterusnya selain menyediakan lebih banyak pilihan untuk memilih pemain pada masa depan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");