Sukan Hari Ini

Mickelson teruja

Los Angeles: Phil Mickelson bersedia untuk menjulang gelaran Pebble Beach Pro Am buat kali kelima selepas mendahului pusingan ketiga dengan dua pukulan apabila mencatat 66 pukulan semalam.

Enam di bawah par yang dicatat Mickelson di Pebble Beach Golf Links – satu daripada tiga lapangan digunakan untuk tiga pusingan pertama kejohanan Jelajah PGA AS memberikannya 16 di bawah par 199 keseluruhan.

“Pastinya seronok mendapat peluang sebelum Ahad,” kata Mickelson, juara kejohanan utama lima kali yang tidak pernah menjuarai gelaran Jelajah AS selepas menjulang trofi Terbuka Britain 2013.

Sewaktu Mickelson mengintai peluang menyamai rekod Mark O’Meara dengan lima gelaran Pebble Beach, juara Masters dan Terbuka AS Jordan Spieth gembira dapat bertahan hingga ke pusingan akhir.

Pemain nombor dua dunia itu kelihatan serba tidak kena apabila mencatat dua di atas par 74 di Pebble Beach untuk mengumpul satu di atas par 214 keseluruhan, cukup-cukup untuk membawanya ke pusingan berikutnya.

“Aksi tidak menentu ini berjaya membawa saya bermain sehingga Ahad,” kata Spieth yang pukulannya di lubang ke-18 jatuh ke kawasan rough.

“Sikap saya tidak begitu baik pada sembilan lubang pertama,” kata Spieth yang mengakui gagal membiasakan diri dengan cuaca berangin.

Pukulan iron di lubang kelapan di mana dia mencatat par selepas bogey keduanya di lubang ketujuh, berjaya membawanya kembali dalam persaingan.

Namun dia gagal memberi cabaran dan sekadar menamatkan pusingan itu dengan tiga bogey dan satu birdie, gagal mencatat birdie pada sembilan lubang terakhir.

“Saya langsung tidak senang duduk,” kata Spieth. “Sama ada gagal membaca putt atau pukulan saya tidak menjadi.”

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");